Langkau ke kandungan utama
YujimSales, Stock & Parcel Management

Aplikasi desktop untuk Windows

Urus Jualan, Stok dan Nota Parcel Dalam Satu Aplikasi Windows

Dari rekod jualan selesai hingga laporan dan nota parcel — urus kerja harian kedai anda dalam satu aplikasi di komputer sendiri.

Semua 8 modul disertakanSekali BayarBM · EN · ID · 简体中文
Gambaran keseluruhan aliran jualan, stok dan laporan dalam Yujim Windows.
Ilustrasi konsep · bukan tangkapan skrin aplikasi

KELEBIHAN YUJIM

Apa yang anda dapat dengan Yujim

Yujim bukan sekadar tempat menaip jualan. Ia menutup jurang antara apa yang anda jual, apa yang tinggal dalam stok, dan berapa sebenarnya yang masuk ke poket anda.

Semak untung kasar daripada jualan direkod

Setiap jualan selesai menyimpan kos dan diskaunnya supaya Yujim boleh menunjukkan untung kasar daripada rekod itu. Ia tidak mengira cukai atau menggantikan penilaian penuh untung bersih.

Export yang sudah cantik dan kemas

Lima templat laporan PDF dan Excel yang sudah disusun rapi. Anda tekan export, terus boleh hantar — tiada kerja menyusun semula jadual atau memformat sel.

Laporan yang akauntan anda terus faham

Laporan Serahan Akauntan menyusun jualan, kos, untung dan pembatalan dalam format yang direka khas untuk akauntan. Kurang masa anda menerangkan, kurang kerja mereka menyusun semula.

Nota Parcel daripada printer yang anda sudah ada

Cetak Nota Parcel 4×6 pada printer termal yang serasi. Sisipan ini berasingan daripada airway bill atau label kurier pada parcel.

Sedia untuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei

Pilih negara dalam Tetapan dan Yujim ikut. Simbol mata wang boleh ditukar, senarai kurier hanya memaparkan kurier negara itu sahaja, dan nombor telefon serta pautan WhatsApp automatik mendapat kod negara yang betul.

Empat bahasa, pilihan output yang berasingan

Antara muka aplikasi ada dalam Melayu, English, Indonesia dan 简体中文. Label parcel pula mempunyai set bahasanya sendiri — anda boleh guna aplikasi dalam Melayu tetapi cetak label pelanggan dalam Bahasa Cina.

Yujim · Windows

Satu jualan. Rekod yang saling bersambung.

Rekodkan jualan selepas bayaran diterima. Produk, stok dan laporan menggunakan rekod yang sama, jadi anda tidak perlu mengulang kerja.

  1. 01

    Rekod jualan selesai

    Simpan pelanggan, item, harga dan diskaun.

  2. 02

    Stok dikemas kini

    Jualan menolak stok; pembatalan memulangkannya. Tambah stok apabila bekalan tiba.

  3. 03

    Semak hasil jualan

    Lihat jualan bersih, kos direkod dan untung kasar.

Modul Yujim

Lapan modul, satu aliran kerja

Terokai ciri

Dashboard Jualan

Lihat keadaan perniagaan anda sekali pandang.

Satu skrin yang menjawab soalan paling penting setiap pagi: berapa saya jual, berapa saya untung, dan ada apa-apa yang perlu saya uruskan hari ini.

Ketahui Lebih Lanjut
Dashboard
Dashboard — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu
Paparan aplikasi Windows · Bahasa MelayuLeret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.
Dashboard
Dashboard — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu

Leret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.

CIRI

Kenapa Seller Pilih Yujim

PDF · Excel

Dokumen serahan untuk akauntan: jualan, kos, untung & pembatalan

Kurang ulang tanya, lebih jelas & mudah difahami.

Susun rekod perniagaan untuk semakan harian atau serahan kepada akauntan. Pilih laporan yang sesuai, dalam PDF atau Excel.

Menyusun data untuk kerja perakaunan dan cukai seterusnya oleh akauntan. Yujim tidak mengira cukai perlu dibayar, menggantikan akauntan atau menghasilkan dokumen cukai/perakaunan rasmi.

Laporan Serahan Akauntan

Untuk serahan tersusun kepada akauntan

Laporan Prestasi Jualan

Untuk semakan perniagaan harian

Detail Penuh

Untuk semakan dalaman terperinci

Ringkasan Untung

Untuk semakan pantas untung kasar

Terokai empat jenis laporan dengan data Demo
Untuk serahan tersusun kepada akauntan

Penyata untung kasar, ringkasan bulanan, produk, pelanggan dan resit. Pembatalan diasingkan, dengan nota asas data untuk membantu serahan kepada akauntan.

PDF yang siap disusun untuk dibaca dan dikongsi.

SEROJA STUDIO

Laporan Serahan Akauntan

Rekod Demo · MYR

Jualan bersih
RM 185.00
Kos barang
RM 104.00
Untung kasar
RM 81.00
Margin kasar
43.8%

3 Resit · 5 Baris item · 7 Kuantiti

Jualan kasar sebelum diskaun
RM 200.00
Diskaun
-RM 15.00
Jualan bersih
RM 185.00
Kos barang
-RM 104.00
Untung kasar
RM 81.00

Untung kasar = jualan bersih − kos barang. Sewa, gaji dan belanja operasi lain belum ditolak.

Ringkasan Bulanan

BulanJualan bersihKos barangUntung kasar
Ogos 2026RM 185.00RM 104.00RM 81.00
Ringkasan Produk · Ringkasan Resit · Ringkasan Harian

Ringkasan Produk

ProdukJualan bersihKos barangUntung kasar
Luma Hydrating SerumRM 70.00RM 44.00RM 26.00
Seroja Velvet PerfumeRM 46.52RM 28.00RM 18.52
Awan Phone CharmRM 28.48RM 12.00RM 16.48
Nusa Canvas ToteRM 23.26RM 12.00RM 11.26
Rona Travel PouchRM 16.74RM 8.00RM 8.74

Ringkasan Resit

RujukanPelangganBaris itemJualan bersihUntung kasar
SALE-1003Nur Alya2RM 40.00RM 20.00
SALE-1002Sofia Lim1RM 70.00RM 26.00
SALE-1001Aiman Hakim2RM 75.00RM 35.00

Ringkasan Harian

TarikhJualan bersihKos barangUntung kasar
16 Ogos 2026RM 75.00RM 40.00RM 35.00
17 Ogos 2026RM 70.00RM 44.00RM 26.00
18 Ogos 2026RM 40.00RM 20.00RM 20.00

1 · Rekod dibatalkan. Rekod dibatalkan ditunjukkan berasingan dan dikecualikan daripada semua jumlah jualan aktif.

Kaedah & nota data

Kos menggunakan kos produk yang direkod semasa jualan, bukan penilaian inventori atau rekod belian stok penuh. Tarikh ialah tarikh rekod jualan, bukan tarikh bayaran diterima.

Satu troli ialah satu resit, dengan satu baris bagi setiap produk. Kuantiti mengira unit.

Menyusun data untuk kerja perakaunan dan cukai seterusnya oleh akauntan. Yujim tidak mengira cukai perlu dibayar, menggantikan akauntan atau menghasilkan dokumen cukai/perakaunan rasmi.

Yujim · Pratonton eksportPetikan rekod pilihan

Simulasi / pratonton sahaja · Data rekaan. Eksport fail sebenar tersedia dalam Yujim Windows.

Terokai ciri

Yujim · Nota Parcel

Nota Parcel 4×6 untuk setiap pesanan

Gunakan aplikasi dalam Bahasa Melayu, hasilkan nota parcel dalam bahasa Cina. Bahasa output dipilih berasingan tanpa menukar bahasa antara muka.

  • 25 templat terbina dalam · logo kedai dan QR
  • 4×6 potret atau 6×4 landskap
  • Pratonton · Cetak Pantas · Cetak Kelompok
  • Output BM · EN · ID · Cina Ringkas
Terokai ciri
Nota Parcel
Nota Parcel — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu
Paparan aplikasi Windows · Bahasa MelayuLeret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.
Nota Parcel
Nota Parcel — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu

Leret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.

Satu nota. Pelbagai cara menyapa.

Cuba 5 daripada 25 templat terbina dalam Yujim. Pilih reka letak, kemudian bahasa nota anda.

Pilih templat
Bahasa nota parcel

Bahasa nota berubah. Antara muka ini kekal dalam Bahasa Melayu.

Cuba Nota Parcel dalam Demo
Bahasa nota parcelBahasa Melayu
SEROJA STUDIO

KENDALIKAN DENGAN CERMAT

Parcel ini telah dibungkus dengan teliti. Sila bawa dengan berhati-hati.

Pratonton ilustrasi · kedai dan pesanan rekaan

Cetakan sebenar dibuat dalam aplikasi Windows. QR dalam pratonton ini ialah ilustrasi, bukan kod untuk diimbas.

Nota tambahan dalam bungkusan, bukan airway bill atau integrasi API kurier. Cetakan dalam Demo pelayar ialah simulasi.

Dibina Untuk Seller, Bukan Untuk Akauntan

Tahu ke mana duit anda pergi

Yujim sengaja dibuat ringkas. Rekod jualan, pantau stok dan lihat kos berbanding untung tanpa perlu belajar sistem perakaunan yang rumit — cukup dengan aliran kerja yang sama seperti cara anda bekerja setiap hari.

Data rekaan

Trend jualan contoh

Jualan bersih
RM 220
Untung kasar
RM 90
Ilustrasi konsep · bukan tangkapan skrin aplikasiHalakan penuding, fokus atau ketik bahagian ilustrasi untuk meneroka. Halakan penuding, fokus atau ketik titik untuk melihat jualan bersih dan untung kasar.

Lihat jualan bersih, kos direkod dan untung kasar.

Aplikasi desktop untuk Windows

Aplikasi Yujim untuk Windows

Yujim menghubungkan jualan selesai dengan stok, kos, diskaun dan pembatalan supaya anda boleh menyemak jualan bersih serta untung kasar daripada rekod di komputer sendiri.

  • Rekod jualan dan invois serta-merta
  • Baki stok dikemas kini secara automatik
  • Bantuan halaman tracking kurier dan mesej pelanggan, tanpa integrasi API kurier
Semak Keperluan WindowsWindows 10 atau 11 · 64-bit

Internet untuk pengaktifan dan semakan lesen. Ruang untuk data kedai, imej dan sandaran tempatan.
Pemasang rasmi belum diterbitkan.

Dashboard
Dashboard — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu
Paparan aplikasi Windows · Bahasa MelayuLeret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.
Dashboard
Dashboard — Paparan aplikasi Windows · Bahasa Melayu

Leret atau skrol ke sisi untuk melihat paparan. Besarkan untuk butiran.

Harga Yujim

Satu harga yang mudah difahami

Semua 8 modul disertakan. 1 lesen = 1 peranti aktif.

Yujim

Harga asal: RM198

Jimat 55%
RM90Sekali Bayar

Bukan langganan bulanan

1 lesen = 1 peranti aktif

Semak ketersediaan

Semua 8 modul disertakan

Kemas kini yang dikeluarkan untuk produk Yujim yang sama disertakan tanpa caj tambahan, termasuk versi utama seperti v2.

Pembelian sekali bayar yang secara umumnya muktamad, dengan pengecualian terhad dan hak undang-undang anda tetap terpelihara. Lihat Polisi Pemulangan Wang

Pembelian dalam talian belum dibuka. Halaman muat turun menerangkan keperluan Windows dan status akses rasmi semasa.

Butiran kemas kini dan polisi pembelian

Kemas kini percuma — tiada yuran langganan

Pelanggan berlesen menerima kemas kini Yujim, termasuk pembaikan, penambahbaikan ciri dan versi utama apabila tersedia, tanpa caj tambahan.

Baca terma sokongan dan kemas kini

Kami permudahkan urusan; Anda fokus pada pertumbuhan

Lihat aliran utama Yujim dengan data contoh sebelum anda membuat keputusan.